Allah tahu apa yang ada dalam hatimu.
Allah tahu siapa yang kau ingati dalam fikiranmu.
Allah tahu apa yang kau rasa saat melihat ciptaan-ciptaanNya.
Allah tahu debar di hatimu saat matamu
menyapa wajah dia yang Dia ciptakan.
Allah tahu betapa rindunya engkau pada ibu bapamu saat kau berkelana jauh daripada mereka.
Allah tahu gusar hatimu melihat saudara-saudaramu,
sahabat-sahabatmu dan dirimu sendiri kian hanyut dihanyut gelombang cinta dunia.
Allah tahu saat kau menangis sendiri terkenang
dosa-dosa yang kau telah perbuat.
Allah tahu betapa gembiranya dirimu dengan nikmat
yang Dia turunkan padamu.
Allah tahu apabila kau cuba sedaya-upaya
cuba membuang dia yang tidak halal
bagimu daripada menyesak fikiran.
Allah tahu kau takut cintaNya tidak menyapamu
kerana kadang kala kau hanyut meletakkan dunia di hadapanmu.
Sahabat, Allah tahu apa dalam hatimu.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 284,
"kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan di bumi
dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya,nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu.maka Allah mengampuni siapa yang dikehendakiNya dan mengazab siapa yang Dia kehendaki.dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."

sahabat,saya tidak menulis andai saya sendiri tidak merasa. indahnya saat hidup di dunia ini andai Al-Quran dijadikan teman rapat. suatu hari, saat hati saya gusar apa yang perlu dilakukan tentang suatu perkara yang menyesak hati. ayat-ayatNya tidak pernah gagal memujuk hambaNya ini. firmanNya dalam Surah Al-Mulk ayat 13,
"dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah.
sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati."
sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati."
ya,Dia Maha Tahu. saya tahu Dia tahu apa yang saya gusarkan ini. Dia tahu apa yang ada dalam setiap hati. Dia yang ciptakan hati itu, maka Dia tahu apa yang hati itu rasai.
maka waktu ini, saya ingin mengajak diri saya dan yang sudi membaca ini,ayuh jadikan Al-Quran itu teman sejati. penawar segala duka. jawablah persoalan hatimu dengan Al-Quran. senyum sahaja, Allah ada. =)
"maka tidakkah mereka menghayati (mendalami) Al-Quran?
sekiranya (Al-Quran) itu bukan dari Allah,
pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya."
semoga hari esok lebih baik daripada hari ini insyaAllah.
sekiranya (Al-Quran) itu bukan dari Allah,
pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya."
semoga hari esok lebih baik daripada hari ini insyaAllah.
( Surah An-Nisa' ayat 82)
2 comments:
syukran hati..Moga allah sentiasa menjaga hati ini agar terus tertaut pada-Nya selama-lamanya
insyaAllah,xperlu takut apa2.sndarkan pd Dia smata-mata =)
Post a Comment