Saturday, July 2, 2011

kembara di bumi Tuhan


"dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia kerana sombong dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."

Surah Luqman ayat ke 18 ini mengingatkan kita agar jangan bersikap sombong dan angkuh. tiada manusia yang sempurna kerana Yang Maha Sempurna itu hanyalah Dia Yang Teratas.


sederhana. bersederhana dalam apa saja.

"dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu.sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."

(Surah Luqman ayat 19)

Al-Quran yang Allah turunkan itu sememangnya pegangan hidup yang utuh. Dia pesan pada kita, sederhana dalam berjalan. kalau berjalan jangan tergopoh atau terlalu lambat. carilah antara kedua-duanya. lunakkan suara,bercakap dengan berhikmah. untukmu ukhti, jangan mudah lunakkan suara kepada bukan mahrammu,dikhuatiri menjadi virus dalam hati dia nanti,nauzubillah.

"Setiap bencana yang menimpa kamu di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput darimu dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."

Ayat 22 dan 23 Surah Al-Hadid ini saya yakin pasti tidak gagal membuat hamba-hambaNya tersenyum. Allah ingatkan kita untuk terima segalanya dengan redha insyaAllah.

lalu sahabat yang aku ingati keranaNya, usah ditangisi duka dari Ilahi,usah dibiar dirimu terleka dengan apa yang dikurniakan. kerana apa-apa sahaja datang daripadaNya,kita hanya hamba yang seharusnya bersyukur pada Dia. sederhana. bersederhana. insyaAllah segalanya akan okay!

No comments: