Friday, July 8, 2011

puding sagu


bahan-bahan yang diperlukan,resepi yang diambil dari blog juga...

sagu biji (berwarna lagi cantik)
gula
daun pandan sehelai
air

kuah :
susu ideal
gula melaka (dicairkan)

first,panaskan air kat dalam periuk,masukkan sekali daun pandan yang disiat dan disimpulkan.lepas tu agak-agak macam dekat nak mendidih,masukkan sagu biji yang dah dibasuh dan ditos ke dalam periuk tadi.masukkan gula,ikut suka la banyak mananext,tutup api bila dah nampak ala-ala pekat.biar dia sejuk dulu,then letakkan dalam bekas. tak kisah la dalam loyang ke,bekas comel2 ke.kalo saya,saya letak dalam bekas biasa saja.rasa macam dah tak panas sangat,masukkan dalam peti.


sejam dua bila dah sejuk and tak lembik tu,da boleh makan insyaAllah.siram ideal milk dengan gula melaka yang dah dicairkan.kalo mak saya,tak makan dengan susu ideal or gula melaka tu,sebab manis kan.so,makan dengan kelapa parut.ikut suka selera asal tak memudaratkan.


"atau siapakah yang dapat memberimu rezeki jika Dia menahan rezekiNya? bahkan mereka terus-menerus berada dalam kesombongan dan menjauhkan diri (daripada kebenaran)"

Al-Mulk ayat 21



tengok puding sagu ni, tiba-tiba terfikir.
manusia,ibarat butiran sagu yang belum dimasak.sendiri-sendiri,sebutir-sebutir,seorang-seorang.tapi apabila dicampur dengan air,sagu itu jadi bergabung dengan sagu yang lain hingga membentuk puding yang kalau kita tak sudu kuat-kuat,dia takkan terpisah dari kelompoknya.

manusia.macam itu jugak.
asalnya sendiri.tapi apabila disatukan dan ditarbiah oleh ISLAM dan IMAN yang sejernih air,sama-sama akan bergabung.membentuk jemaah yang kuat.so,moral of the story.bekerja dan hidup dalam jemaah yang berpegang teguh pada tali Allah,insyaAllah dunia akhirat mendapat rahmatNya.

indah kan ciptaan Allah? pada sagu yang kita duk tengok selalu itu pun,ada hikmah tersembunyi yang boleh mendidik manusia.subhanallah.



"Ya Tuhan kami,sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman,(iaitu),"berimanlah kamu kepada Tuhanmu," maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami beserta orang-orang yang berbakti,"

Aali-'Imran,ayat 193


hari Jumaat yang mulia.
banyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW
banyakkan berdoa.
semoga hidup menuju mulia,dunia akhirat.amin.

No comments: