Saturday, September 10, 2011

yang terindah dariNya


hari pertama.
selepas suatu jangka waktu yang agak lama dipinjamkan Allah.
3 bulan dan lebih.
alhamdulillah,alhamdulillah.alhamdulillah.
apa saja rasa dalam hati.salurkan melalui Ilahi.
dalam hidup ini.teruslah berdoa.
semoga diizinkan lagi untuk berbakti.

"dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah.sungguh,Dia Maha Mengetahui segala isi hati,"

(Al-Mulk ayat 13)

Ya Allah,
cintakanlah aku kepada mereka,hanya kerana aku mencintaiMu.
rindukanlah aku kepada mereka,hanya kerana aku merinduiMu.
kasihkanlah aku kepada mereka,hanya kerana aku kasih padaMu.

Ya Ilahi,
jagalah mereka sepertimana mereka telah Engkau ilhamkan untuk menjagaku sedari aku kecil
sayangilah mereka sepertimana mereka telah Engkau utuskan menyayangi aku sedari aku kecil
peliharalah mereka sepertimana mereka telah Engkau perintahkan memelihara aku sedari aku kecil

mak,abah,mak nah,kakak,abang nie,kak tihah,sumek dan seluruh keluarga dan sahabat...
sungguh,aku hanya ingin mencintai,menyayangi dan mengasihi kalian kerana Yang Teratas.
kerana Dialah yang mengilhamkan apa saja rasa yang ada dalam hati. =)

R.I.N.D.U


kepada sahabat-sahabat dan diri sendiri
selamat meneruskan perjuangan mencari ilmu
selamat meneruskan pengembaraan di bumi Tuhan
demi mencari kasih Dia Yang Maha Agung
semoga segalanya dipermudahkan,amin..insyaAllah.





No comments: