Wednesday, November 23, 2011

choose and do

assalamualaikum
selawat & salam buat kekasih junjungan,para anbiya',kaum kerabat dan para sahabat


"tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang),kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu,"

(Surah At-Taghabun ayat 11)

apa yang kita tak dapat.apa yang pergi dari kita.malah apa yang terjadi pada kita.
jangan kesalkan.jangan persoalkan.
sebab semuanya datang daripada Allah.

semat dalam hati erat-erat,
"tak apa,Allah ada sebab kenapa Dia bagi aku macam ni,
tak apa,Allah ada..."

kerana yang indah itu suatu hari nanti akan hilang.
kerana yang sedih itu suatu hari nanti akan pergi.
kerana yang kekal akhir nanti hanya Allah.
kerana hanya Dia Yang Kekal Abadi.

lalu hati,pilih jalan hidupmu.
syurga?atau sebaliknya?
terpulang.bukan aku yang tentukan.

kerana yang indah itu akan hilang nanti....



No comments: