Sunday, February 12, 2012

aku dan hidupku



Assalamualaikum wbt.
selawat dan salam buat Rasulullah SAW,kaum kerabat baginda dan para sahabat yang dirindui.

dah lama tak guna paint.
malam ni teringat.jom kaler-kaler.
=)

dulu.lama dulu.
pernah dia katakan pada saya.
"jangan hidup menyonsong arus"

hari ini teringat.dan buat saya terfikir.
hidup saya hari ini.betulkah tidak menyonsong arus.
betulkah sudah mengikut sebenarnya syariat yang ditetapkan Allah?


1) solat.
awal waktu? atau...

"maka celakalah orang yang solat (4).(iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya (5)"

Al-Maun ayat 4 dan 5

"Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu."
(riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud)

2) tahajud.
jangan hanya pandai berkata kelebihan dan kemuliaannya.
tapi setakat mana diri istiqamah?

"sungguh,bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan"

Al-Muzammil ayat 6

3) hati tidak tenang.
ke mana dirimu tuju waktu tenang tiada dalam hati?
online?tengok movie?atau...tidur je la?

"wahai jiwa yang tenang! kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu,dan masuklah ke dalam syurgaKu."

Al-Fajr ayat 27-30

4) berpesan pesanan.
hanya tahu berbicara takat di bibir??emmm...

"wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan
sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"

As-Saff ayat 2

5)saat diri ditimpa ujian.

pilih yang mana?redha dan sabar?atau...

"maka bersabarlah kamu,sesungguhnya janji Allah itu benar,dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi."

Surah Ghafir ayat 55


6)waktu tidur.
siang tidur malam berjaga atau mengikut arusNya?

"dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian kurniaNya.Sungguh,pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan."

Ar-Rum ayat 23

7)tidur lepas subuh?

"dialah yang menjadikan malam bagimu agar kamu beristirahat padanya dan menjadikan siang terang-benderang. Sungguh,yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mendengar."

Surah Yunus ayat 67

Sabda Nabi SAW:
Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.
(riwayat oleh at-Tabarani)


8)pandangan mata

“ dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kehormatannya.dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya),kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya…”

An-Nur ayat 31


sabda Rasulullah SAW,
"wahai Ali,janganlah engkau turutkan kilasan pandangan (pertama) dengan pandangan (berikutnya). tidak mengapa bagimu kilasan awal pandangan."

hati.fitrah.
mata terpandang pada dia yang zahirnya sempurna.
akan teruji lagi.kerana dia juga hidup dalam bumi yang sama.
tapi tiada siapa kata mujahadah itu senang.
dan ingin mendapat redha DIA tanpa usaha yang mencabar?
itu tidak mungkin kan?
jagalah dia yang namanya dirimu pahat dalam hati.
supaya hatinya juga hatimu terjaga rapi kerana Ilahi.
mahu hatinya?mohon pada Pemilik segala hati.
kerana hati dia yang hari ini masih belum ada namamu mungkin saja berubah.
andai benar dia yang Allah tetapkan untukmu.
andai bukan,pasti ada dia yang lain untukmu insyaAllah.

9)hidup masih tergoda dengan dunia?

"telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka,sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia),berpaling (dari akhirat)."

Al-Anbiya' ayat 1

masanya hampir tiba.
cuma kita yang kadang buat-buat lupa.

10) lalu??? duhai hati,masih Allah bukakan ruang untukmu...

"katakanlah, 'wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa (kecuali syirik) semuanya.sungguh,Dialah Yang Maha Pengampun,Maha Penyayang."

Az-Zumar ayat 53




entry yang agak panjang.
di atas cuma beberapa saja.
kalau diikutkan sangat banyaaakkkkk lagi perkara dalam hidup.
yang saya buat tidak mengikut arus.
semua ini untuk pesanan buat diri.
untuk tamparan di pipi sendiri.(bak kata adk saya,b2)
supaya terbangun dari angan.

nak berjaya dunia akhirat.
kalau hidup,jangan menyonsong arus.

Ya Allah,terimalah kami.
kami bukan sesiapa tanpa rahmat kasih sayangMu.
istiqamahkanlah kami di jalanMu.
ampunilah kesalahan kami yang telah lalu,yang sedang berlaku dan yang akan berlaku.
kerana hanya Engkau tempat kami memohon petunjuk.
untuk hidup di dunia ini agar redhaMu menjadi milik kami.
amin...

No comments: