Wednesday, March 28, 2012

untuk awak yang menjadi titipan Allah


Assalamualaikum wbt,
selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW,kekasih yang dicintai dan dirindui...


wahai teman.
jangan kau sangka labuh tudungku tanda alimnya diriku
aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya
buat menerangi sepanjang jalan
kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi
tetapi melindungi jua mengingatkan diri ini
menjaga setiap gerak geri
kerana akhlak itu bunga diri.

saya tak kata saya baik.
saya tak harap kamu kata saya baik.
saya cuma ingin jadi baik.
di pandangan Dia.

bukan mudah menjadi seorang hamba.
bukan mudah untuk teguh tersenyum bila tiada yang sudi tersenyum kembali.
bukan mudah bila ada amanah yang perlu dijaga.yang nantinya akan disoal kembali pada saya.
saya tahu tak mudah.
tapi saya tahu Allah ada untuk saya.
dan saya tahu Allah kirimkan kamu,kamu dan kamu untuk teguhkan saya.
senyumlah sahabat saat saya tersenyum padamu.
genggam tangan saya sahabat,bila saya hampir tersungkur kerana dunia.
saya tak perlu apa-apa.cukup sekadar punya kamu di sisi.
saya cukup bila ada kamu untuk mendengar.cukup sekadar mendengar.


kerana di suatu waktu yang pasti tiba itu nanti,
saya sungguh berharap ukhuwah kita ini menjadi air yang dingin
menghalang panasnya bahang api jahannam.
saya sayang kamu dan kamu dan kamu,insyaAllah kerana Allah.
tak perlu kata saya baik.sebab saya tahu saya akan jadi baik bila bersahabat dengan kamu yang baik.
yang Allah hantar titipan ini untuk saya.



No comments: