Saturday, May 19, 2012

yang aku cinta sepenuh hati

Assalamualaikum
selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW,insan mulia sepanjang zaman
=)




im running around the clock.
semakin terasa kesibukan.
two weeks more classes.
two weeks more.and hi to final.

in the crowded. sometimes its so hard to breath
people are watching every steps.
slip a step,you fall to the ground.
i just want to thank Allah.
He let me have people who are willing to lend hands to hold and hearts to hear.

di tengah waktu.Allah Maha Tahu apa dalam hati.
anugerah terindah itu Dia beri,tiba-tiba.
hati yang parah kerana dunia.
terubat hanya dengan hadirnya dia.

wajah-wajah kesayangan.aku tatap seri itu masih ada.
cuma makin dimamah usia.
ya Allah,aku sayang sepenuh hati.

aku renung mata sayu itu.
Allah,masa semakin berjalan.tak akan menoleh ke belakang.
emak,dia insan hebat.sinar mata yang tak pernah hilang,
walau aku tahu,dia bukan lagi seperti yang lain.tiada yang kekal dalam dunia.
moga Allah izinkan,aku ingin menjadi matanya sampai bila-bila.
dia yang aku sayang seumur hidup.tetap yang hebat dalam hati

aku tatap lagi raut wajah tua itu.
abah,dia lelaki teristimewa dalam hati.tiada dua atau tiga.
keringat dia ke seluruh dunia.rezeki yang halal itu perlu diterokai.
demi kami yang dia selalu gelar permata hati.
aku tahu,dia berbuat kuat.tapi tubuh itu makin menyusut waktu dia aku dakap erat.
abah,andai ada takdir dirimu menatap tulisan ini,
ketahuilah,dalam hati puterimu ini,letak dudukmu ada di tempat teristimewa.

aku genggam erat tangan penuh jasa itu
mak nah,dia wanita tabah seumur hidup.
seluruh hidup dia sudi korbankan untuk kami
moga Allah benarkan,aku ingin habiskan hidup aku bersama mereka.
selamanya.

Ya Allah.aku tidak punya apa-apa.
yang aku tahu Engkau ada segalanya.
lalu aku ingin meminta daripadaMu.
dari mula sampai akhirnya.

mereka...yang aku cinta sepenuh hati
mereka...yang aku kasih seluruh jiwa
mereka...yang satu tiada dua
mereka...yang aku harap 'dia' sayang seikhlas sayang
anugerah hebat buat aku yang bernama hamba

Terima kasih Allah, untuk sebuah kehidupan.




No comments: