Thursday, March 13, 2014

denganNya kita miliki harapan...


Assalamualaikum wbt...
selawat dan salam buat Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda...



Ya Allah...andai masih ada harapan itu,
jangan Engkau padamkannya dari hati-hati kami.
kerana hanya denganMu kami punyai harapan.

Ya Allah,andai takdir mereka Engkau tentukan berakhir setakat itu,
maka Engkau tenangkanlah mereka.
akhirilah ucapan di bibir mereka dengan kalimah tauhid.
dan Engkau temukanlah kami jasad mereka dalam keadaan yang Engkau redhai.
Engkau redhakanlah dan tenangkan hati saudara-saudara mereka Ya Lateef...

"setiap musibah yang menimpa kamu di bumi & yang menimpa dirimu sendiri,semuanya telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya.sungguh,yang demikian itu mudah bagi Allah." 57:22..al-hadid..besi..

hati..mesti seteguh al-hadid!
kerana semua sekali,datang dariNya.

so that you may not be so sad nor so happy..


dan aku masih saja percaya bahawa keajaiban itu ada...

No comments: