Friday, April 27, 2018

Cuba..



Nur Amira..
Berhentilah mementingkan hati sendiri.
Cukup-cukuplah fikirkan diri sendiri.
Belajarlah memahami.
Memahami orang sekeliling.
Memahami keadaan.
Jangan susahkan hati orang yang sudah sedia susah.
Jangan sesakkan kepala orang yang sudah sedia banyak benda dalam fikiran.

Sudah-sudahlah kasihan dan simpati pada diri sendiri.
Cubalah berdamai dengan takdir.
Cubalah cari tenteram dalam ketentuan Tuhan.
Tak ada yang sia-sia, nur amira.
Tak ada yang sia-sia dengan Dia.


-270418/Jumaat/LagunPantaiTokJembal-

No comments: