"wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,"
Al-Baqarah ayat 183
Al-Baqarah ayat 183
salam mahabbah sahabat yang sudi membaca.
tinggal beberapa jam lagi untuk memasuki bulan Ramadhan penuh mulia.
subhanallah.indah sungguh rasa yang dianugerahkan Allah untuk menyambut ketibaan Ramadhan.
andai Ramadhan ini Ramadhan terakhir...andai puasa ini puasa terakhir...
tidak tahu adakah lagi peluang untuk hari Ramadhan seterusnya?
diriwayatkan dari Abu 'Abdur Rahman 'Abdullah bin Umar bin Al-Khattab radiallahuanhuma, ia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Islam dibinakan di atas lima perkara : Persaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah,mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji ke Baitullahdan berpuasa di bulan Ramadhan."
hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim (hadis ke 3 Hadis 40 Imam Nawawi)
lalu,berusahalah. cari ketenangan yang Allah kurniakan di dalam Ramadhan.
cari kembali cinta Allah yang pernah engkau sendiri hilangkan daripada dirimu
andai ini Ramadhan yang terakhir
diriku bimbang. masih adakah peluang Ramadhan yang penuh barakah seterusnya andai Ramadhan ini diri leka lagi dengan dunia
diriku bimbang. masih adakah cinta Ramadhan seterusnya untukku andai Ramadhan ini aku lupa lagi kerana hanyut dengan nikmat dunia
diriku bimbang. masih adakah lagi rahmat Ramadhan seterusnya jika Ramadhan ini aku sia-siakan dengan sibuknya melayan godaan dunia yang tiada kesudahan
saat ini,aku ingin mengajak diriku dan yang sudi membaca.
hargailah.nilailah.carilah.
hargailah Ramadhan di mana kitab suci Al-Quran diturunkan,yang masih diri dipilih untuk melaluinya
"sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam qadar," Al-Qadr ayat 1
nilailah erti kemuliaan yang ada pada bulan yang lebih baik daripada seribu bulan ini
"malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan," Al-Qadr ayat 3
carilah ketenangan dan keredhaan Yang Esa bermula saat Ramadhan ini andai diri pernah terleka di masa lalu
"dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh,sedangkan dia beriman,maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik," Al-Isra' ayat 19
kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,agar dapat kulalui dengan sempurna.
selamat berpuasa,selamat berbuka,selamat berterawih,selamat menyambut Ramadhan.
beramal,andai ini Ramadhan terakhir...
No comments:
Post a Comment