Friday, August 5, 2011

aku tahu.dan mengerti.


Kadang terasa lelah dengan dunia. Kadang terasa tidak berdaya dengan ingatan pada perkara dunia yang hanya memberi kesedihan tiada kebahagiaan kekal. Kadang terasa lemah kerana berulang melakukan dosa pada Dia. Dunia lagi.

Hati tahu. Hati mengerti. Tahu dan mengerti dalam bulan mulia ini,perkara mazmumah bukan untuk diulang lagi. Tapi adalah mengisi Ramadhan dengan perkara yang mendekatkan diri pada Ilahi. Aku tahu. Aku mengerti.

Namun manusia lemah ini kerapkali berpaling pada dunia. oh Tuhan,aku memikirkan dunia lagi. Permainan dan senda gurau.

“Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu. Dan Dia tidak meminta hartamu.”

Surah Muhammad ayat 36

Ulangkali Engkau katakan dalam surat cinta. Tapi aku,aku mengulang juga dengan membiarkan diri tergoda. Astaghfirullah.

Tapi,usah dipersalahkan dunia andai diri ini sendiri yang lebih memilihnya sampai melupakan singkatnya perjalanan di muka bumi Tuhan.

Dalam Surah Al-Qasas ayat 77,

“dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu,tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu,dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh,Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan,”

Dunia ini ladang untuk bercucuk tanam,dunia ini punya perkara yang tidak terhitung jumlahnya supaya kita jadikan tanaman untuk tuaian di akhirat kelak. Persinggahan di dunia ini,bukan sia-sia. Jangan asyik menyalahkan dunia andai diriku sendiri yang tergoda,terpedaya.

Dunia. tidak terhitung nikmat dan ujian yang boleh membawa manusia ke syurga atau ke lahar nerakaNya.

Nikmat sementara yang seringkali mudah memperdaya,menyumbang dosa,tiket dihumban ke lubang neraka,nauzubillah.

“maka adapun orang yang melampaui batas,(37) dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,(38) maka sungguh,nerakalah tempat tinggalnya,(39)” An-Naziat ayat 37-39

MasyaAllah. Dan di dunia ini adalah tempat kita mencari pahala,untuk menuju taman syurgaNya.

“dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya,(40)maka sungguh,syurgalah tempat tinggal(nya),” An-Naziat ayat 40-41

Tinggalkan perkara mazmumah yang boleh melalaikan. Sampai kadang-kadang berfacebook hingga tak tersedar masa pantas berlalu. Ish,banyak benda yang patut diselesaikan,tapi satu pun tak terbuat.

“Lima minit lagi,”

“Kejap ye mak!”

Nak jadi baik tak? Jom! Jom!

“diriwayatkan dari Abu Hurairah ra,ia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “daripada kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak berguna,”

(Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan selainnya seperti ini) Hadis 12 daripada Hadis 40 Imam Nawawi.

Nabi SAW pesan dekat umatnya yang tercinta,tinggalkan perkara yang tidak bermanfaat. Susah,sebab kadang-kadang tak sedar pun buat benda-benda tu. Betul,tak apa,cuba sikit demi sedikit. Allah tengok usaha. Setakat mana kita mahu. Bukan setakat mana kita tak mampu.

Cari akhirat,di dalam dunia.

“barangsiapa datang dengan (membawa) kebaikan,maka dia akan mendapat (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu,dan barangsiapa datang (membawa) kejahatan,maka orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu hanya diberi balasan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan,”

Al-Qasas ayat 84

Di bulan Ramadhan ini,peluang keemasan yang dikurniakan Allah kepada kita,para hambaNya. Rebutlah,mungkin saja kita tidak punya lagi peluang untuk Ramadhan yang seterusnya.

Teruslah berdoa. Kerana doa itu senjata orang mukmin. Rebutlah peluang Ramadhan yang dibuka pintu rahmat ini. Mohonlah pada Dia. Mintalah pada Dia. Berdoalah pada Dia. Bertaubatlah hanya pada Dia. Hayatilah kasih sayangNya pada kita dalam Al-Quran,ayat 152 Surah Al-Baqarah.

“maka ingatlah kepadaKu. Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu,dan janganlah kamu ingkar kepadaKu,”

Iman sememangnya turun naik. Berusahalah dengan cepat-cepat meningkatkannya bila tahu diri semakin merudum daripada keimanan. Kita sendiri tahu bukan,setakat mana paras iman hari ini,cari kembali iman padaNya. Jangan risau, Allah membuka luas pintu rahmatNya. Semoga diri terpilih untuk menerimanya insyaAllah.

“Katakanlah, “wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun,Maha Penyayang,”

Az-Zumar ayat 53

No comments: