Sunday, November 6, 2011

hati dan pengorbanan


malam 10 Zulhijjah.malam aidiladha.hujan lebat yang tenang.
salam malam 11 Zulhijjah.
aidiladha.hari raya haji.ibadah korban.menuju Allah.
hati menuju Allah Yang Esa.


berkorban.
hanya empunya hati dan Dia Pemilik segala hati Yang Mengetahui segala dalam hati.

petang aidiladha.juga sejuk dan tenang.
tanya pada hati.sudikah kita berkorban seumpamanya Nabi Ibrahim as kekasih Allah?
berkorban segala.hanya kerana Dia.sudikah?
saya bertanya pada diri sendiri.bukan pada yang membaca.



langit petang 10 Zulhijjah.

indah kerana Dia.
pandang ke langit. Allah sedang memerhati.
keagungan penciptaanNya.sudi berkorban untuk Dia?




alhamdulillah.full house again.
after such a long period of time.
hanya ingin syukur pada Allah.pada Dia sahaja.



saya hanya ingin berkongsi apa yang saya lalui hari ini.

ditanya pada saya dan mereka,

"siapa kita?
siapa kita untuk membelakangi syariat ALLAH hanya kerana ingin memenuhi kehendak diri?"


saya tertegun.tersentap di pagi hari.
hanya kerana satu soalan.
yang mungkin biasa-biasa saja.
sampai waktu ini.soalan terulang lagi dalam hati.
apa kata ambil beberapa detik.
pejam mata,tanya dalam hati,

"siapa kita?
siapa kita untuk membelakangi syariat ALLAH hanya kerana ingin memenuhi kehendak diri?"


membelakangi solat di awal waktu hanya kerana cerita di TV lagi 10 minit mahu habis?
membelakangi perintah taat pada mak abah hanya kerana movie di laptop lagi menarik hati?
membelakangi hormat sesama saudara hanya kerana dia berbuat silap sekali,habis hilang berjuta kemanisan yang pernah diberikan dia padamu?


saya masih bertanya.
masih juga bukan pada sahabat yang membaca.
tapi pada saya sendiri.

SIAPA KITA?
SIAPA KITA MAHU MEMBELAKANGI SYARIAT ALLAH?
HANYA KERANA INGIN MEMENUHI KEHENDAK HATI?


dan soalan itu seharusnya terus ditanya.
agar hati kita,tempatnya bukan tersasar dari jalan Allah.
insyaAllah.
semoga hati kita selalu diluruskan dan dipilih Allah agar tersentuh dengan cintaNya.
dengan cintaNya.
SAHAJA.
kerana jawapannya hanya satu....

KITA BUKAN SIAPA-SIAPA TANPA DIA.
BUKAN SIAPA-SIAPA.


"dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah,padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya?dan demi sesungguhnya,kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan demikian,maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah."

(Surah Ibrahim ayat 12)






2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah..this is nice blog.
Your words and the song. Its touching. May Allah bless you :)

Nur Amira said...

wslm wbt..
subhanallah.alhamdulillah,praise only be to HIM.may Allah bless u too.syukran jazilan ^^