Thursday, April 12, 2012

kerana Dia yang memegang hati


Assalamualaikum wbt.

jangan lupa ya sahabat,selawat dan salam buat dia yang dirindui...


hari itu jalan-jalan kat kedai buku.
tak ada niat pun nak beli tapi terbeli jugak walaupun banyakkkkk lagi tak terbaca.
alhamdulillah rezeki.mungkin Allah ingin berikan sesuatu darinya.
dan alhamdulillah memang dapat banyak,hanya dari sebuah buku.
tulisan Iqbal Syarie,tajuknya ''Transit Cinta''
blognya boleh dilawati di http://iqbalsyarie.blogspot.com/
bacalah,insyaAllah tak ada apa yang rugi.
hanya syukur pada Dia saja. =)

"berubah itu bukan suatu perkara yang mudah.kerana isu yang berkait sekarang ialah sama ada perubahan itu ke arah kebaikan,atau perubahan ke arah keburukan.Macam akulah.Aku pernah melalui banyak fasa dalam hidup-pernah menjadi orang yang dekat dengan sejadah,sebelum semua aku gulung dan lempar terus. Heh,daripada budak usrah tergamak jadi budak jalanan.Tapi apabila aku keluar daripada persekitaran itu,aku berubah tanpa aku sedar.

tapi syukur alhamdulillah. Sekarang Allah sudah memilih aku! Dia pilih aku untuk buat pusing-U. Perubahanku buat kesekian kali,aku kira hanyalah sebuah belas dan ihsan daripada Yang Maha Mencinta.bagiku,inilah sebuah nikmat teragung. Aku tak pernah minta, Aku lalai. Aku tak impikan nikmat ini. Tapi aku dapat 'hadiah' ini.Allah yang beri.

perubahan kali ini sungguh memang tak mudah. Tipulah kalau aku kata ia mudah. tapi biarlah aku mati dalam keadaan mencuba,daripada aku mati dalam keadaan aku menelan kehinaan dan aib diri sendiri. terima kasih Allah,kerana masih memberi harapan."
-Transit cinta


terasa dekat dengan diri.
ya,bukan mudah untuk berubah.
tambah lagi dengan pandangan pelik dari mereka yang dekat dan rapat dengan hati.
perasaan gusar tak mungkin hilang menghadapi tanggapan pelbagai jenis.
tapi hati mesti perlu tahu,Allah tahu apa yang sedang diri lalui.
senang saja nak jadi baik.
yang tak senang adalah untuk terus kekal jadi baik.
yang tak mudah adalah untuk kekal jadi baik bila orang yang dikenali cakap itu dan ini.
tapi hati mesti perlu mengerti dan yakin.Allah ada untuk diri mengadu.
tak mudah tapi tak susah kalau sanggup mencuba.
insyaAllah cuba mujahadah.

Tipulah kalau aku kata ia mudah.
tapi biarlah aku mati dalam keadaan mencuba,
daripada aku mati dalam keadaan aku menelan kehinaan dan aib diri sendiri.


untuk tahu lebih lanjut,carilah atau tempahlah buku ini ya.
insyaAllah ada manfaatnya buat yang mencari cinta.
bukan sekadar cinta manusia.tapi cinta yang sebenarnya cinta.Cinta Dia Yang Maha Mencinta.


“Katakanlah, “wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun,Maha Penyayang,”

Az-Zumar ayat 53

Transit cinta...kerana Dia yang memegang hati....
terima kasih,Allah untuk sebuah harapan...

No comments: