Assalamualaikum wbt
selawat dan salam buat Rasulullah SAW yang dirindui
=)
Suatu waktu itu, lama dulu. Sebelum saya melangkahkan kaki ke dalam sebuah kehidupan yang bernama perjuangan.
Seorang kakak senior pernah katakan, menerima tanggungjawab dan amanah ini, bererti ada hati dan perasaan yang perlu dikorbankan.Waktu itu, masih budak hingusan yang tak tahu apa-apa (oh,agak geli di situ ^^). Ya, waktu itu saya hanya menerima kerana yakin ini sebuah kewajipan yang harus dilaksanakan. Saya hanya menerima. Kenapa hati dan perasaan perlu dikorbankan? Saya masih blur. Dan hanya saja tetap menerima.
Masa berlalu. Berada di sini, sudah hampir ke penghujung. Setahun lagi insyaAllah. Dan masa yang berlalu itu,sebenarnya memang hati dan perasaan kadang-kala perlu terkorban. Bukan hanya saya, tapi tentu sekali mereka juga yang berada dalam sebuah kehidupan.
Dulu...zaman jahiliah dalam terangnya kegelapan.Saya berkata, "Perlu jaga hati orang saja, hati sendiri siapa nak jaga?"
Dan mereka juga berkata, "Sudah-sudah la jaga hati orang, jagalah hati sendiri pulak."
Saya bimbang, apakah saya punya jawapan andai satu saat nanti, Allah bertanya, betulkah saya sudah menjalankan amanah sebaik mungkin? Saya takut, andai saya tidak punya apa-apa untuk menjadi bukti, kenapa hilangnya kemanisan itu? Saya risau, kalau takdir mengembalikan saya pada Dia, tanpa sempat memenuhi apa yang kurang, bagaimana saya nanti bila berhadapan denganNya? Saya masih tidak punya jawapan.
Lalu, biarkan saja. Andai benar hati dan perasaan tetap perlu terkorban, korbankan saja. Asalkan kemanisan itu tetap di situ. Selalu mekar kerana Allah.
Saya tahu ini salah saya. Mungkin hubungan dengan Allah saya tidak jaga sebaik mungkin, lalu hubungan dengan makhlukNya juga sudah hilang seri. Saya risau bukan kerana apa-apa. Tapi saya risau kerana saya sayang mereka kerana Dia.
Pertanyaan itu kembali bergema, "Perlu jaga hati orang saja, hati sendiri siapa nak jaga?"
Dan waktu ini saya punya jawapan yang lebih indah. Jawapan yang terilham dari Surah Muhammad, ayat 7. Moga yang indah di sisi Dia.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah,
nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
Dan ini jawapan saya...
"Tak apa, biar saya yang jaga hati semua. Hati saya, biar Allah saja yang jaga."
Ya sahabat, biar kita yang jaga hati mereka supaya ukhuwah itu kelaknya menjadi saksi di syurga. Jangan persoalkan siapa yang akan menjaga hati kita bila kita rela mahu menjaga hati orang. Kita ada Allah Yang Maha Berkuasa untuk menjaga hati kita. Dan tentu sekali Dialah yang sebaik-baik Penjaga, untuk apa harapkan manusia lagi? Dan mahu risau apa lagi?
"Karena saat ikatan melemah,saat keakraban kita merapuh,
saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan,
saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai,
aku tahu, yang rombeng bukan ukhuwah kita,
hanya iman-iman kita yang sedang sakit,
atau mengerdil mungkin dua-duanya,
mungkin kau saja tentu terlebih sering,
imankulah yang compang-camping..."
(Dalam Dekapan Ukhuwah-Salim A. Fillah)
Kita manusia, kadang-kadang iman merudum jatuh terendah. Maka sekarang, perkara pertama yang perlu dilakukan. Jom! Jom! Baiki iman dalam diri. Ikatkan kembali tali yang pernah longgar dengan Allah. Hubungkan kembali keterikatan dengan Allah. Dan bersangka baik pada Dia dan manusia. Moga dipermudahkan.
Semoga Allah tetapkan iman saya dan sahabat-sahabat tetap di jalanNya. Pengorbanan yang terasa pahit itu saya yakin, suatu hari nanti pasti membuahkan senyuman di bibir apabila dilakukan kerana Allah. Kerana dengannya, saya belajar sebuah erti kehidupan. Tentu saja bukan cuma saya yang merasa pengalaman ini, saya tahu anda juga pernah merasakannya juga, bukan?
Bersyukurlah, kerana ini tanda Allah sayang. Bersyukurlah untuk sebuah kehidupan.
No comments:
Post a Comment