Wednesday, June 13, 2012

mengapa kau belajar

Assalamualaikum
salam buat kekasih junjungan Nabi SAW
=)


ini namanya air indo cafe + gula + susu anlene.idea dya oh dya
combination yang agak memelikkan.
tapi rasanya Subhanallah sedappp!!!

***


Mari sama-sama mencari semangat mencari ilmu. Semoga apa yang dibaca akan diberkati. Semoga niat saya dan sahabat-sahabat diluruskan. Bukan sekadar untuk lulus exam,tapi untuk pengetahuan kita. Supaya moga dengan ilmu itu nanti, ada sesuatu yang boleh disumbangkan buat agama suci ini.insyaAllah.


Tengahari tadi dapat SMS dari seorang sahabat. SMS yang mengkhabarkan keadaan dan situasi saudara-saudara kita di Myanmar. Berdoalah sahabat, untuk mereka yang kita sayang kerana Allah ini. Berdoalah,minta pada Dia moga mereka dikuatkan iman menghadapi musuh-musuh Allah.


Kalau berdoa seikhlas hati pun kita tidak mahu lakukan, apa lagi yang tinggal dalam hati buat ingatan saudara-saudara kita di Myanmar? di Syria? di Palestin? 


Tuntutlah ilmu dengan niat yang sebenarnya di jalan Allah. Seperti biasa, mulut senang saja mengatakan itu ini tapi dalam hati, Yang Maha Mengetahui tahu dengan sebenar-benar pengetahuan. Bersyukurlah dengan nikmat keamanan yang Allah berikan, gunakan sebaiknya. Moga dengan ilmu yang kita ada, mampu membuat saudara-saudara kita ini tersenyum dengan pembelaan kita terhadap mereka.


Sesungguhnya saya mengingatkan diri saya sendiri. Juga kepada sahabat yang membaca.


Belajarlah, jangan putus asa. Rahmat Allah ada di mana-mana.
Berdoalah, jangan pernah jemu. Moga sampai padaNya dan sampai ketenangan buat saudara-saudara kita di seluruh dunia. amin Ya Rabb...


ya, kita memang tidak tahu apa yang akan muncul di hadapan. Apa yang kita tahu, usaha itu perlu,menjadi bukti tingginya tawakal kita pada Rabbul Izzati.


Apa yang kita tahu, Dia Maha Mengetahui apa yang akan dihadiahkan buat kita. Tanda Dia cinta. =)


"Dia (Allah) mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan."
(Al-Hajj ayat 76)


esok dah 24 Rejab.jom puasa sama-sama insyaAllah ^^





No comments: