Wednesday, June 13, 2012

saya dan menulis

Assalamualaikum wbt.
selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW,insan yang diingati selalu.
moga sunnah baginda menjadi amalan kita semua insyaAllah. =)



selamat pagi.jom mulakan pagi dengan doa dan senyuman!

semalam saja-saja google url blog sendiri.rupa-rupanya Allah ada hadiah nak beri.
jumpa 3 link yang ada kongsikan cerpen yang pernah Allah ilhamkan pada saya untuk menulis. 
cerpen tajuk "Paksi Hati" yang pernah terbit di sini --->

kalau ada rezeki,moga saya dapat kenal dengan saudari ija_iman.sebab tengok dari latest postnya,dah lama dia tak update.

Subhanallah,tak pernah sangka ada orang sudi doakan saya.
moga hidupnya juga dalam kemudahan dan keberkatan.

saya suka menulis.tak tahu trait datang daripada mak atau abah.dan saya bersyukur dengan minat yang satu ini.saya tak kisah ada orang baca atau tidak.yang penting saya tahu Allah tahu apa yang saya buat.=)



Ramai orang berbicara pasal ukhuwah. Ukhuwah fillah. Tapi berapa ramai orang yang menyebutnya itu betul-betul mengamalkannya. Seperti biasa, apa yang saya tulis ini khasnya ditujukan untuk diri sendiri,dan dengan izin Allah, untuk yang membaca juga.

Akhir-akhir ini, bagai ada rasa tidak kena. Silap saya, mungkin saya terlalu sibuk dengan diri sendiri sampai lupa ada hati-hati yang perlu dijaga. Saya tahu saya yang terlepas pandang, sampai terlupa untuk bersangka baik. 

kerana beda antara kau dan aku sering menjadi sengketa,
kerana kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran,
kerana satu kesalahanmu padaku seolah menghapus sejuta kebaikan yang lalu,
wasiat Sang Nabi itu rasanya berat sekali :
"jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara"

mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak saja
menjadi kepompong dan menyendiri
berdiri malam-malam,bersujud dalam-dalam
bertafakkur bersama iman yang menerangi hati
hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari
melantun kebaikan antara bunga, menebar keindahan pada dunia

lalu dengan irndu kita kembali ke dalam dekapan ukhuwah
mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di bumi
dengan persaudaraan suci, sebening prasangka, selembut nurani
sehangat semangat, senikmat berbagi, dan sekukuh janji 

(Dalam Dekapan Ukhuwah-Salim A. Fillah)

Sahabat, saya takut andai kemanisan berukhuwah itu hilang,kontang kerana masa kita terlalu sibuk untuk diri sendiri. Maafkanlah, ada ketikanya saya lebih senang berdiam daripada berbicara. Bukan kerana tidak senang atau janggal,tapi kerana memikirkan apa arah tuju saya sebenarnya. Maafkanlah, ada waktunya saya lebih senang menyendiri daripada perbualan. Bukan kerana sombong atau tidak sudi, tapi kerana perlu memikirkan apa yang tidak kena dalam hati. Daripada kemungkinan melukakan, ada saatnya saya perlu menjauh untuk meletakkan semuanya kembali di tempat yang betul.

Saya bersyukur, kerana Allah hadirkan rasa ini. Supaya saya tahu mahalnya nilai sebuah ukhuwah fillah.

Sahabat, sungguh saya sayang kerana Allah.


Bismillahirrahmanirrahim...


"...Ya Tuhan kami,ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh, Engkau Maha Penyantun,Maha Penyayang."
-Al-Hasyr ayat 10.

Ya Allah,tautkanlah hati kami di jalanMu.
hapuskanlah sengketa dan prasangka buruk daripada hati kami.
satukanlah dan eratkanlah ikatan ukhuwah kami,Ya Allah.



"aku mencari kesunyian karena di dalam kesunyian ada jiwa yang senantiasa mengingatiNya"
-Lorong Kematian (Geidurrahman El-Mishary)








No comments: