Saturday, June 2, 2012

Langsir Biji Remia (ulasan)



"Saya tidak mahu buat pembedahan muka,
saya hendak 'pakai' muka ini setiap masa.
Sebab dengan muka ini,saya dijauhkan Allah daripada rasa riak."

~Duha Hafa

"biarlah semua orang tak nampak cantik pada Duha pun,dia sentiasa nampak Duha tu indah.
Subhanallah.Ajaibkan kejadian hati ini,
apabila Allah ajar kita untuk faham erti bersyukur."

~Ahmad Muhsin

"Ayah sentiasa suruh saya lihat wajah ibu lama-lama. Dengan cara itu, kita akan lihat ibu cantik sangat.
Cantik itu datang daripada hati kata ayah,bukannya hanya pada muka.
Orang ikhlas dan mulia nampak cantik!"

~Zara Ahmad Muhsin

"Masa sudah tidak mungkin berkalih ke belakang semula, dan jodoh itu kerja Allah sesungguhnya.
Duha Hafa sudah mendapat jodoh yang lebih baik daripada Umair."

~Umair Johan


semoga orang yang ada di sekeliling saya dan insyaAllah akan saya jumpa seumur hidup saya ini adalah orang-orang yang hatinya ikhlas kerana Allah.waktu ini banyaknya manusia yang berpegang pada dunia,mencari dan melihat kepada kesempurnaan dan kecantikan sahaja.
sedarlah,Yang Sempurna itu hanyalah Allah.
semoga hati saya juga sentiasa ikhlas di jalanNya.=)


kata Kak Su,sang penulis cerita yang manis ini :
Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada DIA.

dan kata saya.sang pembaca :
Langsir Biji Remia ini hadiah indah buat saya tanda DIA cinta.





*****


Assalamualaikum wbt,
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW dan para sahabat serta seluruh yang berjuang di jalanNya.

Saya pernah post entry di atas 11 Jun 2011.
Tadi terlihat iklan di FB JS Adiwarna tentang tawaran untuk buat ulasan.
Teringat Langsir Biji Remia,cerita yang saya simpan dalam hati.

Sederhana.
Temanya senang saja.Cukup untuk membuat pembacanya sedar betapa kasihNya Allah pada kita.Mengenali Duha Hafa, saya belajar bagaimana untuk tenang dalam hidup.Mengenali Duha Hafa yang matanya ibarat mata anak unta itu, saya belajar bahawa hidup ini sebenarnya indah kalau kita reti untuk bersyukur dan dengan Duha Hafa juga, saya belajar bahawa yang indah itu tidak selamanya kekal di sini.

Ceritanya ringkas sahaja,tidak mempunyai banyak konflik.
Tapi sudah sarat dan cukup untuk saya kekal tersenyum dengan apa yang Allah anugerahkan buat saya.Saya akui, kadang-kadang rasa rendah diri itu mengekori saya ke mana-mana, tambah lagi apabila berada dalam kalangan mereka yang cantik-cantik dan pandai-pandai.Tapi apa yang selalu saya bisikkan,apa yang Allah beri pada saya ini boleh menjaga saya daripada penyakit riak dan dengan Langsir Biji Remia,saya temui ayat yang lebih indah oleh Duha Hafa :

"Saya tidak mahu buat pembedahan muka,saya hendak 'pakai' muka ini setiap masa.
Sebab dengan muka ini,saya dijauhkan Allah daripada rasa riak."


Ya,dengan apa yang saya ada ini, saya dijauhi daripada rasa riak.

Betul bukan,dalam hidup,kita ini sebagai manusia seringkali menilai luaran seseorang.
Cantikkah dia? Pandaikah dia?
Sampai kadang-kadang kita terlupa,sifat kita ini cuma sementara.
Satu hari nanti,tempat kembali kita adalah pada Dia.
Lalu,ada apa pada hati yang mementingkan sifat-sifat sementara itu?

Saya berpesan pada hati :
Sedarlah, segalanya yang ada hari ini bukan selamanya berada di sisi.
Hak Allah, kita perlu pulangkan apabila tiba waktunya nanti.
Janganlah mengharap yang melebihi sempadan.
Jangan terlalu mencari yang sempurna kalau tidak mahu menyesal seperti Umair.
dan sedarlah, Yang Maha Sempurna hanyalah Rabbul Izzati.
Sungguh,saya hanya ingin bersyukur pada Dia saja.

Kasih Allah itu datang melalui pelbagai cara.
Dan saya percaya, salah satu cara Allah menyampaikan kasihNya pada saya adalah melalui novel ini.
Melalui Langsir Biji Remia, Allah menyedarkan saya dan memberi saya khabar gembira.
Bahawa sesiapa yang berada bersama saya pada hari ini, insyaAllah adalah mereka yang hatinya ikhlas untuk bersahabat dan bersaudara.
InsyaAllah, suatu hari nanti, saya yakin, 'dia' yang memilih saya juga adalah 'dia' yang memilih bukan kerana rupa.
Subhanallah, hebat bukan perancangan Allah?

Selama-lamanya, saya hanya ingin berharap, Allah tidak akan biarkan saya dan kita semua hanyut dalam dunia.
Semoga Allah memberi rahmatNya,jangan sampai kita lupa untuk bersyukur pada Dia.
Buat Kak Su,jazakillah atas cerita penuh cinta ini.
Percayalah, anugerah Allah buat Kak Su dalam penulisan ini ada manfaatnya,moga menjadi saham di akhirat kelak. Istiqamahlah berjuang dengan mata pena.Moga Allah merahmati.




No comments: