Assalamualaikum wbt.
selawat dan salam buat Rasulullah SAW serta kaum kerabat dan para sahabat baginda.
salam hari Jumaat.
baru tengok result last sem.
tak tahu nak kata apa.bercampur rasa.
cuma saya ingin belajar bersabar dan bersyukur.
alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
sebab saya tahu takat mana yang saya buat,maka itulah yang saya dapat.
tapi kalau ikutkan dengan usaha,sesungguhnya Allah itu sungguh Maha Penyayang.
sebab saya tahu sem lepas sem yang sangat mengecewakan dari segi usaha.
moga Allah beri lagi peluang untuk saya berubah.
B.E.R.U.B.A.H.
ke arah yang lebih baik.
sungguhlah,kadang-kadang kita perlu jatuh untuk tahu bahawa hidup ini bukannya selalu berada di puncak.
kadang-kadang kita perlu rebah untuk tahu hidup ini bukannya selalu indah dan manis macam cotton candy.
ujian kesukaran? kunci imannya adalah sabar...
ujian kesenangan? kunci imannya adalah syukur...
duhai diri dan sahabat,bersabarlah,bersyukurlah...
sungguh,Allah Maha Mendengar...
No comments:
Post a Comment