Tuesday, July 17, 2012

spa kenangan

Assalamualaikum wbt. 
selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW.
=)




kelip-kelip mata,dah dua minggu lebih duduk di rumah.
dalam kepala banyak benda plan itu ini.
moga Allah mudahkan semuanya andai boleh membawa cinta Ilahi.

dah lama tak gotong-royong.
dulu-dulu,kalau disuruh buat karangan 'kebaikan gotong-royong',
isi yang wajib ada adalah 'merapatkan silaturahim'.
padahal kadang-kadang tak apply pun dalam hidup harian.
Sabtu lepas yang best,satu lagi rahmat dari Dia.
dan isi karangan yang wajib ada tu berjaya diaplikasikan,eheh..

GOTONG ROYONG!!!
dari pagi sampai tengahari.



huhu.pokok dah ditebang oleh abah.



kenangan zaman sekolah saya,kakak dan abang.
ya,ada kenangan yang perlu diluputkan.
supaya yang sedih-pedih itu dilupakan.
saya mahu simpan yang manis-manis saja ^^


wahh!! jom makan sate tengah-tengah hari.
kenangan lagi ini.
alhamdulillah.dari dulu sampai sekarang rahmat Dia tak pernah putus.=)

tapi kena ingat...

"apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."
-Surah An-Nahl ayat 96








No comments: