Assalamualaikum wbt...
salam buat kekasih agung umat manusia,Rasulullah SAW.
3 syawal...
malam Syawal 1433H...
saya kembali ke suatu waktu dulu
suatu waktu dulu...zaman kanak-kanak riang
lepas takbir,banyak betul bunyi mercun
siap ada bunga api yang berbunga besar-besar tu lagi
abang,kakak dan saya...saya akan simpan kenangan manis itu,dalam hati
moga kegembiraan sampai syurga...
tapi saya tak tahu,kami tak tahu
waktu kami tersenyum itu,ada senyum lain yang hilang
waktu itu pukul 11.05 malam,kami semua masuk rumah.
dah lewat,esoknya pagi-pagi nak pergi masjid dan kubur.
dalam pukul 12.15 malam,abah balik dari takbir.malam raya pun kena kerja...='(
tapi abah balik,bukan bawa berita yang boleh buat siapa-siapa tersenyum.
abah balik,bawa khabar si kecil yang suka tersenyum itu pergi dari dunia.
saya tak terkata apa-apa.semua orang bangun...tak terkata apa-apa.
dia dah pergi.kembali kepada Pencipta Yang Esa.
adik afiq yang selalu senyum tu dah pergi.
adik afiq yang rumahnya cuma selang dua rumah dari rumah saya tu dah tak ada.
saya tak tahu nak rasa apa.cuma boleh berdoa moga Allah tenangkan hati kak ju & abg di.
pagi 1 Syawal 1433H...
sebelum ke masjid,kami singgah sekejap.
pagi tu abah nak pergi Singapore.pagi raya pun kena kerja... ='(
saya peluk kak ju,hati saya...hanya Allah Yang Maha Tahu.
tambah sedih bila kak ju kata, "adik afiq tak de dah".
saya tak tahu nak kata apa-apa.saya cuma mampu kata,"adik tunggu kak ju dekat syurga,kak ju sabar..."
ya,saya pun kena sabar.walau saya tahu petang-petang nanti dah tak ada adik afiq nak senyum pada saya.
pagi tadi kak ju,abang di dengan adik helmi datang rumah.
kak ju cerita adik afiq pergi dalam pukul 11 lebih.
Ya Allah,hanya beberapa minit lepas kami masuk ke rumah malam itu.
tapi kita bukan sesiapa nak menidakkan qada' dan qadar Allah.
saya lihat mereka orang yang tabah.mereka memang tabah.
sekali lagi saya tersentuh,bila kak ju kata pada mak, "ju tak boleh lari dari salahkan diri,tapi kalau terus salahkan diri,nanti namanya tak redha pada takdir Allah.setakat ni aje janji adik afiq dengan ju,kena sabar."
Allah...saya tak dapat tahan air mata,mak pun.
tapi setitis air mata pun tak menitis dari mata kak ju.
tapi mata dia bengkak,saya tahu dia dah habis air mata menangis.
Ya Allah,kuatkan hatinya.
kakak tanya adik helmi,"mana adik?"
si kecik 6 tahun tu kata "adik gi kat tok".
saya senyap.saya terkenang kat arwah Cik Nah yang memang baik.
ini pun raya pertama tanpa Cik Nah.
Ya Allah,tenangkan hati mereka.
3 Syawal...
saya rindu...
rindu pada senyuman dan keletah si kecil 2 tahun itu...
kakak pun macam itu,ada air mata tiap kali berbicara pasalnya.
kami ini,hanya jiran yang cuma bermain dengannya sekejap-sekejap waktu petang.
maka saya tak dapat bayangkan,bagaimana pula rasa kak ju dan abang di?
Ya Allah,redhakan kami dengan ketentuanMu.
buat sahabat yang membaca,bolehkah saya ingin meminta sedikit masa kalian?
mohon sedekahkan Al-Fatihah buat mereka semua.
moga Allah memberikan hikmah disebalik semua yang berlaku.
moga Allah panjangkan kesabaran buat kak ju,abang di dan seluruhnya.
moga di akhirat nanti,Allah temukan kami lagi dengannya.
moga Allah menghitung doa kalian.
ya.perjanjian teragung kita dengan Sang Pencipta telah dicatat sejak Loh Mahfuz lagi.
dan apa yang ada di sisi itu,nilainya bukan kekal.
yang akan tetap ada itu hanyalah Dia Yang Maha Mencinta.
saya tahu,pasti Allah ada sesuatu yang terbaik untuk kita semua.
janganlah lupa pada Dia,wahai diri dan sahabat-sahabat.
kita tidak tahu waktunya bila,yang pasti saat kematian itu pasti tiba.
bersederhanalah.bukan segalanya kekal di sisi.
bersyukurlah.bukan semua orang ada apa yang kita ada.
bersabarlah.janji Allah itu pasti.Dia hanya menguji apa yang kita mampu lalui insyaAllah.
Ya Allah,untuk saat ini dan hari-hari mendatang,
jadikanlah kami hamba-hambaMu yang tahu bersyukur.
tenangkan hati kami menghadapi ujian-ujian tanda cintaMu.
Ya Allah,cintakanlah kami kepadaMu dengan sebenar-benar cinta.
Ya Allah, cintailah kami ini,hamba-hambaMu...
No comments:
Post a Comment