Thursday, September 6, 2012

aku semakin dewasa

Assalamualaikum wbt
salam buat Rasulullah SAW dan seluruhnya...





"engkau semakin dewasa,berjiwa merdeka
sedang dia semakin tua,membilang usia"
-Warisan,Jasa Bonda

saya semakin dewasa,mahu itu dan ini
berimpian dan bercita-cita itu dan ini
seronok dan leka mencipta masa hadapan
sampai terlupa mereka yang saya sayang itu sedang membilang usia

saya suka mencuri pandang ke arah mereka
waktu mereka tidak sedar diperhatikan
raut wajah tenang itu tidak pernah hilang

lelahnya mak membesarkan saya
susahnya hati abah dengan banyaknya kerenah saya
sukarnya mak nah menjaga saya hingga dewasa begini

pandanglah wajah mereka duhai sahabat,
pandang dan semat dalam hati erat-erat
takkan ada istilah derhaka andai mampu begitu insyaAllah
andai mereka sudah tak kau punya
berikan doa tulusmu moga mereka tak pernah sunyi daripada suara anak yang soleh

"I'm sorry. There's so much I want to give you. 
But the only thing I leave with you is pain."
-I'm Sorry,I Love You.


banyak yang saya nak beri pada mereka
kalau boleh saya mahu kumpulkan seluruh kebahagiaan
hanya untuk mereka saya ingin hadiahkan
supaya takkan ada lagi airmata duka di mata

tapi,saya cuma seorang saya
manusia biasa yang sana-sini ada lompang kekurangan
kerana akhirnya cuma kesakitan yang saya beri
hanya kerana egonya seorang saya 
seorang anak yang bukan apa-apa kalau tiada mereka


No comments: