Saturday, October 31, 2009

good changes are like butterflies under the rainbow


manusia...apa yang terluah dari mulut,betul ke ikhlas dari dalam hati?
mereka...sering keluarkan kata-kata yang manis saja
aku...jadi ragu-ragu,teka-teki
betul ke atau sekadar perasa dalam bicara?
sebab aku tahu aku tak sesempurna yang mereka bicarakan
entah..tapi husnu zhon..
insyaAllah,kata-kata itu doa
doa agar dapat jadi baik-baik
kalau nak banding,
dengan budak 10 tahun yang bergelar hafiz hafizah,
aku tak setanding dengan mereka,berbeza kan?
dengan dia yang berulang masjid tiap kali azan,
aku masih jauh ketinggalan,lagi berbeza kan?
dengan mereka yang fasih mengalun mathurat,
aku entah di mana letaknya di baris mereka
dengan mereka yang buat addmath macam eja nama sendiri,
masih tak terbanding dengan aku yang kadang-kadang
cuma merenung soalan dengan ke'blur'an yang agak terserlah
aku,tak sempurna macam mereka-mereka
hanya manusia biasa
tak ada yang sempurna,
masih belum sempurna
cuma berusaha untuk jadi sempurna
kita yang akan ubah diri sendiri
ALLAH takkan ubah nasib sesuatu kaum,melainkan mereka sendiri berusaha untuk berubah.
tak apa,
sejauh mana pun ketinggalan
sedalam mana pun tenggelam
mencuba untuk berubah agar tak gagal
its better late than never
insyaAllah boleh kejar mereka
mereka yang semakin tinggi terbang
semakin menuju puncak kejayaan
semakin hampir menggapai awan
semakin dekat menyentuh bintang
dengan izin DIA,apa pun boleh jadi
aku pun mahu menuju ke langit kejayaan
ke puncak cinta DIA YANG KUASA
emm..belum terlambat,semoga dipermudahkan,amin...


No comments: