Tuesday, February 15, 2011

kau katakan kau mencintai dia

Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Biarkan saja aku di daerah ini..
Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir
Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan
Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..
Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Biarkan saja aku di daerah ini
Di daerah ini, biarlah aku..

diedit daripada lirik Daerah Ini-Algebra

Rasulullah SAW bersabda,
"Allah SWT akan memperindahkan wajah seseorang yang
mendengar sabdaku dalam keadaan sedar
lalu melaksanakannyasebagaimana ia mendengar."

salam maulidur Rasul SAW,
kekasih sejati dulu kini dan selamanya insyaAllah.
kau katakan kau mencintai dia yang membawa khabar dari Tuhan,
namun apakah tingkahmu seiring dengan pesanannya?

wallahualam.

3 comments:

Syauqatul Wardah said...

kita katakan kita mencintai Rasulullah..maka sebarkanlah dakwah kerana itu sunnah baginda...
moga kita terus thabat ye kak, Insya-Allah..Ameen..

~mieyra~ said...

insyaAllah dik.
kdg2 ad ptus asa.tp ptus asa x blh ad dlm diri seorg Islam yg m'bw amanah dr Allah.
smg dipermudahkan..=)

Syauqatul Wardah said...

betul ckp akak...
bila putus asa, jgn risau, Dia sentiasa ada, Dia tahu hati kita mcm mana, kita mmg hamba yg lemah, tapi xpe, Dia ada bagi kekuatan..
yg penting ikhlas dn yakin...Insya-Allah