Monday, June 27, 2011

manisnya cinta



dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


"dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga
yang luasnya seluas langit dan bumi
yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa,"
"(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit,
dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.
dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan."

(Surah Aali-'Imran ayat 133 dan 134)

Takwa. teringat waktu form 5 dulu dalam satu program,lupa dah siapa yang cakap ni tapi beliau kata takwa itu ibarat "melalui jalan berduri tanpa kaki terluka".pada fahaman saya yang masih kurang ilmunya ini, yang dikatakan orang-orang yang bertakwa itu adalah orang yang melakukan sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Melakukan sesuatu yang sukar tetapi keindahan takwa itu melebihi kesakitan yang terasa.

Berinfak di jalan Allah. tak ramai yang sudi. Biasa dengar kan kalau Rm50 itu dihabiskan membeli itu ini memang tak terasa hilangnya. Tapi kalau RM0.50 tu rasanya mungkin dah cukup banyak.

Menahan amarah,pun tak senang. Kalau saya sendiri pun, memang saya kata tak senang,tapi percayalah menahan marah dan meletakkan Allah di hadapan semuanya akan terasa mudah insyaAllah. Apabila hati sudah dihasut syaitan yang dijadikan daripada api, panasnya pasti pantas merebak dalam diri. Cepat-cepat istighfar, cubalah sebab yang menulis ini cuba mengamalkan dan ternyata mujarab walaupun kadang-kadang masih saja terlalai dengan perasaan.

Memaafkan orang lain.Lagi tak senang. Seorang teman pernah berkata, sebelum tidur dia cuba memaafkan semua kesalahan semua orang walaupun susah dan payah. Betul, kadang-kadang sampai menitis air mata,susahnya nak mengungkap kata maaf itu. tapi teman, apalah saja guna dendam dan marah itu. Setiap manusia pasti berbuat silap,maafkanlah lupakanlah. tak rugi apa-apa,kita bahagia dan boleh buat orang lain gembira jugak,kan? Yang Maha Sempurna itu hanyalah Allah. dan tidak beriman seseorang itu andai dia tak mencintai saudaranya seperti daripada mencintai dirinya sendiri.


Teman, ketahuilah bukan senang nak senang. Hidup di dunia ini terasa pahit sebab kerana manisnya menunggu di syurga kelak. Bertakwalah kepada Allah,Dia cinta kepada hamba-hambaNya yang bertakwa. wallahua'alam. moga Allah menilai usaha kita semua dalam mencari cinta Dia,insyaAllah.

No comments: