Monday, July 4, 2011

janji dan tepati

incik Ody dan anak saudaranya,yg tak ada nama,hehe

"dan tepatilah janji dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu melanggar sumpah setelah diikrarkan, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah itu). sesungguhnya Allah Mengetahui apa yang kamu perbuat."

ayat di atas daripada Surah An-Nahl ayat 91.
lumrah manusia. seringkali berjanji seringkali juga susah nak ditepati.
saya berani berkata begini kerana saya juga manusia.
hari ini disesali,hari esok tak mustahil diulang kembali kesilapan.silap yang sama.
bagaimana andai Allah tak sudi memandang lagi?
macam mana kalau Allah tak mengabulkan doa-doanya lagi?
harus bagaimana meneruskan hidup di dunia andai Yang Mencipta tidak mengampunkan?
tapi sahabat,Allah adalah Tuhan Yang Maha Pengampun
Dia menerima taubat hamba-hambaNya yang ikhlas.
untung bukan menjadi seorang Islam?
alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
istiqamah.tahu apa yang perlu dilakukan.
namun,susahnya mahu tetapkan hati pada sesuatu yang baik itu.
namun sahabat,usaha.Allah tahu hatimu.
tak percaya? lihat ayat 25 Surah Al-Isra' ini :

"Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu,jika kamu orang yang baik,maka sungguh, Dia Maha Pengampun kepada orang yang bertaubat."

subhanallah,indah bukan ayat cinta dari Dia...

hati yang tenang itu datangnya daripada Allah.
masih tak percaya? jom tengok ayat 28 Surah Ar-Ra'd :

(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang tenteram dengan mengingati Allah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang tenteram."

masyaAllah,cantikkan pesan Allah pada hamba-hambaNya...
lalu,kita masihkah saja tegar melukakan hati itu dengan tajamnya bilah dunia?

wahai Tuhan,
hambaMu ini kekeliruan.sukar mencari jalan yang benar.
kembali paut hasut dunia.mencintai yang lain lebih dariMu.
wahai Tuhan,
hidayahMu pernah hadir.hingga kering air mataku menitis.
namun terkadang aku berpaling.kerana mengejar nikmat dunia sementara.
hari ini kubimbangi jika terakhir hidup.adakah lagi subuh esok.
untukku bernafas dan sujud mengabdi padaMu.
berikan aku kesempatan.menebus kesalahan lantaran dosa dan noda dan sengaja melupakanMu.
hadirkan damai sebelum di hujung nafasku.
wahai Tuhan,
berikan aku petunjukMu.untukku meniti ke jalan redhaMu.
izinkan aku mengulangi janji-janji yang baru.
taubat nasuha setulus untukMu.

-Saujana :Jika terakhir buatku.

lalu sahabat,ingatan untuk diri sendiri dan yang sudi membaca,
janji.tepati.
semoga saat-saat ke hadapan lebih baik daripada saat-saat yang jauh meninggalkan.
doakan aku kerana insyaAllah kamu ada dalam doaku.=)

2 comments:

Noor Husna Abu Khair said...

salam amira...jazakillah ziaarah blog... mira tinggl mane?? salam berukhuwwah.. blog yg sgt menarik...nie smeua kucing2 mira ker??

~ Nur Amira~ said...

wslm kak..sy org trg.syukran,ha'a kak,ni gen ke 2 dan ke 3 dh.ibunya dh x de,stahun lps..=)