Sunday, February 5, 2012

buktikan cinta



Assalamualaikum wbt
selawat dan salam buat baginda Rasulullah SAW,
insan paling dirindui.insan paling mulia di dunia dan akhirat.
insan istimewa tiada dua.
insan yang perginya tidak mungkin berganti.
insan yang kasih dan rindunya pada umatnya tidak akan selamanya terbanding dengan rindu kita
insan yang mengajar umat manusia hidup di jalan Allah yang lurus.
satu-satunya cara hidup menuju cinta.cinta Allah Yang Esa.





"dan orang-orang yang beriman (kepada Allah) dan mengerjakan kebajikan serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad,dan itulah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah menghapus kesalahan-kesalahan mereka; dan memperbaiki keadaan mereka."

-surah Muhammad ayat 2

tugas kita.
mudah saja.
tapi...
tepuk dada.tanya iman.
setakat mana aku hari ini?

tanya dalam hati.
sedang apa engkau waktu ini wahai hati?
terpasak pada lurusnya Islam.
atau terpaut pada duri-duri dunia yang menghalang jalanmu ke syurgaNya?
sedang apa engkau waktu ini wahai diri?
andai Rasulullah SAW ada di sisi
apakah tindakanmu bisa membuat baginda tersenyum?
atau sebaliknya.




"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU."

petikan daripada khutbah baginda SAW,
tanpa perlu bersuluh lagi
tidak akan sesat andai Al-Quran dan sunnah Nabi kau pautkan dalam hati

sebarkan senyum.sebarkan selawat.
pada keluarga.pada sahabat.pada mereka-mereka yang tercinta.
baca Al-Quran,hayati maknanya.hidupkan sunnah-sunnah baginda.
buktikan cintamu bukan sekadar di bibir.
moga kita semua beroleh syafaat insan teristimewa ini di akhirat kelak.
moga nanti baginda kan tersenyum pada kita kerana kita ini umatnya yang baginda cintai.
insyaAllah.

jangan sekadar menulis.
jangan sekadar membaca.
jangan sekadar memberitahu.
rasakan sendiri dalam hati.
Allah Maha Tahu apa dalam hatimu...


Ya Rasulullah,kami rindu kepadamu...
duhai hati.buktikan cinta dan kasihmu...

No comments: