Tuesday, July 17, 2012

Kisah Cinta Seribu Wajah

Assalamualaikum wbt.
selawat dan salam buat Rasulullah SAW.
salam buat seisi alam yang mengucapkan tasbih-tasbih cinta padaNya...
semoga kebaikan dibalas kebaikan insyaAllah..=)





alhamdulillah.rezeki daripada Allah.
terima kasih pada JS Adiwarna semestinya.

belum habis baca lagi.
tapi setakat yang saya baca,salah satu perenggan yang menarik perhatian :

"jadi hiburan paling murah ialah bergosip fasal kekurangan orang lain.
Kurang-kurang, kalau ada kisah orang lain yang lebih kurang,
taklah terasa diri kurang sangat."
-Ini Dosa Siapa oleh Imaen
(Kisah Cinta Seribu Wajah)

realiti manusia.
selalu memandang kekurangan tanpa tersedar bahawa Yang Maha Sempurna hanyalah Allah.
saya berharap dan berdoa moga Allah temukan saya dengan mereka-mereka yang tidak kisah pada kekurangan yang ada pada saya.
dan saya ingin memohon pada Allah moga saya hanya akan nampak pada kelebihan mereka-mereka yang saya jumpa tanpa celik melihat kekurangan yang mungkin tampak.
moga Allah lindungi saya,awak,dia dan mereka semua.insyaAllah.

saya lupa daripada blog mana kata-kata ini,moga penulisnya diberkati Allah.
"cintai kekurangan,bukan hanya menerima tanpa mencintai"

cintai kekurangan.hargai kelebihan.
berkata baik.atau diam sahaja.

sahabat, selamat bermujahadah di bulan Ramadhan.
moga akan terlahir hati yang lebih suci dan taat pada Allah berbanding sebelum ini.insyaAllah.
moga Allah kuatkan iman dan panjangkan usia bertemu bulan suci ini.
=) tak sabarnya dan berRamadhan.




No comments: