Wednesday, August 15, 2012

aku dan hari-hari itu

Assalamualaikum wbt...
selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW serta kaum kerabat baginda,para sahabat dan seluruhnya yang dimuliakan...


hari-hari terakhir Ramadhan 1433H...
cuba tanya betul-betul dalam hati ada rasa apa?
ikhlas ye,jawab sendiri.biar Allah saja yang tahu.
sedihnya....Ramadhan dah nak habis.tapi aku rasa aku masih saja begitu.
sudah tertunaikah janji-janji?emmm..jawab sendiri dalam hati.

macam gambar lilin kat atas.
cahaya yang terang itu sudah ada bersinar di hadapan
dan kita sibuk mengatur mahu buat itu ini.tapi ...
kita sibuk jugakah berlari-lari mengejar cahaya dengan apa yang diatur itu?
aku begitulah...sebelum Ramadhan,plan nak buat macam-macam untuk didik hati jadi baik.
tapi bila terlalu sibuk plan sana sini,akhirnya plan hanya tinggal plan.

Ramadhan dah nak habis pun.='(
cahaya Ramadhan dah nak berlalu pun.='(
tapi aku rasa aku masih lagi berdiri di permulaan,masih merancang sampai lupa hendak gerakkan rancangan.
bulan Ramadhan ni terbuktilah,
bila buat benda yang sia-sia,jangan sibuk nak salahkan syaitan lagi
bila buat benda yang lagha,tak ada syaitan yang boleh dipersalah dah
sedarlah hati, yang berbuat semua itu, dirimu sendiri!

Ramadhan yang berbaki ini...
moga Allah masih izinkan hati terdidik dengan tarbiah puasa insyaAllah.

kata mak siang tadi : 
"bila kita beri dekat orang,nanti Allah balas berganda-ganda lagi kebaikan,tapi kenalah ikhlas!"

insyaAllah,anak mak sedang belajar bagaimana nak hidup dengan ikhlas.
moga hari-hari akhir bulan mulia ini hati lebih ikhlas.
tak perlu cakap dekat mulut,dalam hati yang penting.dalam hati Allah lebih tahu.
jom belajar ikhlas!!! =)


No comments: