Monday, June 20, 2011

buat saudari yang ada di hati

saudariku yang aku cintai kerana Allah,
hari ini aku masih bimbangi apakah keadaan kita akan berterusan seperti ini
aku juga perlu kamu untuk menguatkan aku
menghadapi dunia yang penuh dengan duri
duri cinta manusia.duri cinta harta.duri cinta nama.
namun harus bagaimana aku yang lemah ini
andai engkau saudariku masih juga tergoda dengan dunia
harus macam mana lagi aku yang hatinya mungkin berpaling ini
andai engkau saudariku tidak sudi memandang aku kerana cinta adam penuh dalam hatimu
saudariku yang aku sayangi kerana Allah,
cinta itu sememangnya indah kerana ia kurniaan dariNya Yang Agung
cinta itu memang fitrah manusia,lahir dalam hati
cinta itu tidak salah,yang membuatnya salah itu adalah manusia itu sendiri
apabila bercinta itu bukan kerana ingin redha Allah
saudariku yang aku kasihi kerana Allah,
saat ini hatiku terus bimbang lagi,
tidakkah kau ingin menjadi yang pertama sebagai suri di hati adam yang tercipta untukmu?
tidakkah kau ingin adam yang Dia pilih untukmu nanti adalah adam yang suci dirinya daripada sentuhan tangan-tangan dunia?
tidakkah kau ingin menyerah segalanya hanya pada adam yang telah melafaz akad nanti?
sudah tentu kau mahu,bukan?
lalu,mahalkan harga dirimu yang memang terlalu berharga,
tutup hatimu pada cinta dunia,jadikan yang melafaz akad itu nanti cinta pertama dalam hatimu kerana Allah,
sucikan dirimu daripada tangan yang haram menyentuhmu,
serahkan cintamu pada Sang Pencipta adam itu dahulu,
agar Dia memberi adam yang hidup dengan acuan Al-Quran itu menjadi nakhoda bahtera yang dibina,
saudariku yang aku ingati kerana Allah,
saat ini hatiku bertekad dengan tawakal pada Dia Yang Esa,
cinta pada Dia sahaja,
bersyukur dengan nikmatNya yang tak terjangkau nilainya
pohon padaNya agar kita ditetapkan iman
disuluh jalan cahaya syurga
padamu,aku ingin katakan,
ukhti,kau bimbinglah aku menuju cahaya Ilahi,
kerana aku mudah kalah dengan hiasan duniawi.

Dar An-Nur
23 Jun 2011
1231am
moga dalam cintaNya








2 comments:

Siti Nazirah said...

Assalamualaikum...syukran mirah..sama2 kita jaga hati dan beri cinta yang terbaik kpd-Nya

~ Nur Amira~ said...

wslm wbt nazirah. afwan, insyaAllah cinta pada Sang Pencipta segala yg ada dgn kita. syukran dtg ke sini..^^